ASSALAMUALAIKUM, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KELAS PEMBELAJARAN) SK TASIK DAMAI DITUBUHKAN PADA 1 APRIL 2013.
RSS
Dividers for Myspace @ Fillster.com

Sabtu, 8 Mac 2014

Sunday, December 4, 2011


PANDUAN RANCANGAN 

PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

 MURID-MURID 

BERKEPERLUAN KHAS



RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU
1.                  Pengenalan
Melalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996
 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007
 mengariskan: ”Rancangan Pendidikan Individu” ertinya satu 
dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan 
pendidikan yang dirancang untuk setiap murid pendidikan 
khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses
 pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan
 tahap pencapaian murid. Rancangan Pendidikan Individu
 (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum
 Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas
 RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004:  Pelaksanaan Kurikulum
 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah
 dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, 
“Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini 
(kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 
setiap murid hendaklah di sediakan”.
2.                  Definisi RPI
RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur
 dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran
 yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas
 mencapai objektif yang telah dikenalpasti.                          

3.                  Rasional Penghasilan RPI
Mengikut Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja
 untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, tetapi juga
 digalakkan bagi murid-murid yang mempunyai prestasi
 pencapaian yang amat rendah berbanding dengan rakan
 se kelas atau sebaya dalam sebahagian besar 
kurikulum, serta memerlukan langkah-langkah intervensi 
jangka panjang. Dalam konteks murid berkeperluan khas,
 pembentukan RPI adalah untuk menghasilkan program
 pembelajaran yang berkesan serta sesuai dengan kebolehan
 dan keperluan murid berkenaan.  Ini bermakna RPI bukan
 sahaja sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi
 juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang
 mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, pemulihan
 khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
Adalah penting kemahiran dan tugasan  pembelajaran
 (learning tasks) yang disasarkan untuk murid berkeperluan
 khas adalah selaras dengan keperluan dan ke fungsian
 murid berkenaan.  Usaha perlu dilaksanakan untuk mengenal
 pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
 diperlukan oleh murid tersebut bagi meningkatkan lagi
 tahap pencapaian sedia ada dalam, (i) interaksi sosial/emosi
 (ii) kemahiran (iii) pengurusan diri, (iv) intelek, supaya
 akhirnya mereka boleh berdikari selepas. tamat 
sesuatu tahap persekolahan dan (v) komunikasi.  Jika in
i tidak dilakukan, pengalaman pembelajaran yang diperoleh 
 tidak menjurus kepada pencapaian yang sewajarnya dan
 lebih malang lagi jika impak pembelajaran 
memperkukuhkan lagi ketidakupayaan murid.
Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid
 berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam komuniti 
setempat dan menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut. 
 Ia juga akan membantu murid mengamalkan tabiat 
sosial yang boleh diterima semasa bekerja dan 
bergaul dengan masyarakat.  Ada kalanya cara bersosial perlu
 diajar secara khusus, terutamanya kepada murid bermasalah

 pembelajaran, kerana pembelajaran kebetulan 
(incidental learning) dan proses peniruan (modelling)
 adalah kurang berkesan. Di samping itu juga keupayaan
 untuk mengurus dan mengawal emosi adalah salah satu
 faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah
 seseorang murid itu. RPI yang disediakan adalah 
 untuk meningkatkan kecerdasan  emosi di kalangan
 murid-murid ini.
Kemahiran dalam konteks murid berkeperluan khas
 bermaksud kemahiran fizikal dan di peringkat lebih
 tinggi, kemahiran vokasional.  Penguasaan kemahiran
 terbatas kepada kecacatan yang dialami oleh murid.
 Sebagai contoh, jika murid menghadapi masalah cacat
 anggota yang teruk, kebolehannya untuk menguasai
 kemahiran motor halus dan kasar amat terhad.  Perkara
 ini perlu diambil kira semasa penjanaan RPI untuk
 murid tersebut.  Penguasaan kemahiran motor kasar
 dan halus serta kemahiran vokasional yang tertentu
 seharusnya tidak dijadikan sasaran utama murid cacat
 anggota teruk ini. Kebolehan mengurus diri seperti
 membersihkan diri merupakan aspek terpenting bagi
 murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran
 terutama di peringkat prasekolah dan sekolah rendah. 
 Pengurusan diri peringkat tinggi juga amat 
diperlukan bagi murid berkeperluan khas lain. 
 Justeru pengurusan diri kebiasaannya merupakan
 sasaran yang sering diutamakan dalam 
penghasilan RPI murid berkeperluan khas.
Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik
 samada masalah penglihatan, masalah 
pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan,
 RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi
 dan rohani. Bagi murid yang mempunyai keupayaan 
kognitif rendah, di mana sebahagian besarnya 
terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran, penekanan
 adalah kepada pengetahuan gunaan (functional).  Contohnya,
 walau pun murid ini tidak boleh membuat kiraan secara
 mental, mereka boleh diajar matematik gunaan menggunakan
 kalkulator.  Selain daripada itu, penekanan diberikan kepada
 penguasaan membaca dan menulis tetapi tidak kepada 
penguasaan pengetahuan akademik.
Keupayaan murid untuk berkomunikasi  juga adalah
 di antara sasaran matlamat dalam pembinaan 
RPI. Kebolehan berkomunikasi dengan baik akan 
membantu murid berkeperluan khas untuk menyesuaikan
 diri dalam masyarakat dan hidup bersama-sama dengan
 rakan-rakan dari aliran perdana.

4.            Elemen Rancangan Pendidikan Individu
Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama 
dipilih daripada komponen yang berkaitan
 dengan bidang utama komunikasi, literasi,
 matematik, tingkah laku, dan kemahiran 
sosial yang sesuai dengan keperluan murid.
 Elemen utama yang perlu ada:
4.1        Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk
         atau oleh murid
4.2        Strategi pengajaran yang akan digunakan
4.3        Kemudahan atau perkhidmatan sokongan
          yang perlu ada
4.4        Penyemakan semula perancangan
4.5        Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa
         penyemakan semula  rancangan pendidikan individu
        (dokumentasi)
4.6        Kerjasama melalui perkongsian maklumat,
         keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi objektif
         pengajaran dan pembelajaran  serta prosedur penilaian
4.7        Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa
         adalah amat tidak sesuai.
4.8        Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih
        daripada komponen yang berkaitan dengan bidang
        utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah
        laku dan kemahiran sosial yang sesuai dengan
        keperluan murid.

5.      Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu
5.1        Komprehensif dan merangkumi pelbagai bidang
5.2        Matlamat yang spesifik dan objektif yang boleh
        diukur
5.3        Berasaskan urutan perkembangan kemahiran
5.4        Bersesuaian dan realistik (boleh dicapai)
5.5        Penggunaan bahasa yang mudah difahami
5.6        Digubal dan dipersetujui  bersama pasukan
        pelbagai disiplin
6.      Konsep RPI
  1. RPI menjadi perancangan berasaskan:                                                              i)       ‘Apa’ yang diajar                                                                                    ii)       ‘Bagaimana’ sepatutnya diajar                                                               iii)          ‘Kekerapan’ pengetahuan, kefahaman dan                                                   kemahiran sasaran  sepatutnya diajar melalui                                               penambahan atau   berbeza dari bukan                                                           pendidikan khas melalui kurikulum                                                               alternatif

  1.   RPI merupakan satu dokumentasi perancangan                                     berstruktur dengan langkah yang berbeza                                                     dan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu                                          murid berkeperluan  khas  mencapai objektif yang                                         telah dikenalpasti.

  1. RPI adalah satu dokumen kerja bagi semua warga sekolah.

  1. RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua                               yang   berkenaan.

  1. Perlu diingat, RPI adalah relevan untuk semua kategori                                   murid  berkeperluan khas dan bukan untuk murid                         pendidikan khas bermasalah pembelajaran sahaja seperti                         diamalkan sekarang.                                                                             RPI sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas                             yang mengikuti kurikulum kebangsaan, alternatif atau lain-lain                       yang diguna pakai oleh murid berkenaan.                                                      Adalah diharapkan penjanaan RPI bagi murid berkeperluan                           khas akan membangunkan jati diri murid berkenaan dan                       membolehkan mereka hidup berdikari selepas tamat                 persekolahan dan seterusnya meningkatkan kualiti                                        hidup mereka.

7.           Kepentingan Rancangan Pendidikan Individu
Proses RPI memberi pelbagai kebaikan kepada:
7.1   Murid
7.1.1       Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti       
           keperluan murid-murid dan  
cara bagaimana keperluan-keperluan 
tersebut dapat dipenuhi. Contoh-contoh adalah 
seperti berikut:
(a)      Peralatan khas seperti alat bantu
 mendengar, kanta pembesar
 dan   mesin  Braille
(b)      Bidang khas seperti orientasi dan mobiliti,      kemahiran hidup dan
 bahasa isyarat
7.2    Guru-guru
7.2.1        Memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang murid
7.2.2        Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan
7.2.3        Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan diperlukan. 
7.2.4        Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat 
          golongan professional

7.3        Ibu Bapa
7.3.1        Memberi peluang untuk terlibat secara
             langsung dalam penyediaan matlamat dan
             objektif pembelajaran anak mereka
7.3.2        Memberi peluang untuk mendapat penerangan
           dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan
          bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah.
7.3.3        Menyediakan  forum untuk meminta pertolongan,
             resos, sokongan dan perkhidmatan daripada
             pihak yang berkenaan.
7.3.4        Memberi peluang untuk  berkongsi maklumat
            dengan golongan professional yang terlibat secara
           langsung dengan anak mereka



7.4        Ahli Pasukan Pelbagai Disiplin yang berkaitan (Sila rujuk ke
         Lampiran …)
7.4.1        Memperolehi maklumat yang sistematik melalui
           penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti
           keperluan individu murid
7.4.2        Mengenal pasti program latihan dan penilaian
           semula yang bersesuaian dengan keperluan murid.

8.      Peranan dan Sumbangan Ahli Jawatankuasa
      RPI

8.1      RPI dilaksanakan berasaskan secara kumpulan atau
           pasukan.
         Hala tuju adalah dibentuk dan dipersetujui
         bersama melalui kolaborasi dan kerjasama
          ahli-ahli pasukan RPI.
8.2           Ahli-ahli pasukan RPI adalah berbeza bergantung
          kepada keperluan individu murid yang terlibat. 
          Contohnya, ahli-ahlinya boleh terdiri daripada murid itu
         sendiri, ibu bapa, guru, kaunselor kerjaya, pentadbir
           sekolah, pegawai khidmat bantu , pembatu pengurusan
            murid  dan pegawai komuniti yang telah dikenalpasti.

8.3           Kelebihan bergerak secara pasukan bagi RPI adalah:
8.3.1       Membentuk pemahaman yang sama tentang
           keupayaan sebenar murid yang terlibat.
8.3.2       Dapat berbincang tentang kemudahan
            (contohnya penterjemah bahasa isyarat dan
            lain-lain) yang dapat membantu murid belajar
            dengan lebih berkesan.
8.3.3       Membuat cadangan pembelian alatan khas
            contohnya alat bantu dengar.
8.3.4       Mengenalpasti bentuk khidmat bantu
          yang diperlukan.
8.3.5       Menyediakan rangka panduan pembelajaran
             yang selari dengan keperluan pentaksiran
           kurikulum
8.3.6       Setiap  ahli dapat berkongsi maklumat tentang
           tingkah laku dan bentuk atau kaedah pengajaran
            dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan
            individu murid.
8.4       Menentukan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
             pasukan setiap ahli memainkan peranan penting 
            dan perlu bekerjasama di dalam proses membina  RPI.
8.4.1       Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
(a)    Melantik seorang penyelaras
      (bukannya membina) pelaksanaan RPI
(b)   Menggerakkan program kolaborasi, penilaian 
     dan pengemaskini
(c)    Memastikan perlaksanaan RPI dengan
         menilai dan mengemaskini laporan
       sekurang-kurangnya sekali setiap tempoh
      laporan yang dipersetujui dalam borang RPI
(d)   Memastikan cadangan keperluan bahan
     sokongan dan khidmat bantu dalam
      penyediaan RPI diambil perhatian dan dapat
      dipenuhi.
(e)   Memastikan murid yang terlibat dimaklumkan
      tentang pembinaan RPI jika berkenaan (?)
(f)     Memastikan perbincangan keperluan transisi
      dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa,
      komuniti tempatan dan juga institusi pendidikan
       tinggi.
(g)    Memastikan salinan dokumen RPI disediakan
       untuk ibu bapa dan murid.
(h)   Memastikan RPI disimpan dan difailkan
      dengan baik serta  hasil laporan dimasukkan dalam rekod kemajuan atau profil murid

8.4.2       Guru kelas/Guru matapelajaran/Guru resos
(a)   Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai
     bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid.
(b)   Menyemak , mengemaskini matlamat dan
      objektif di awal tempoh persediaan RPI.
(c)   Memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas.
(d)   Bertanggungjawab membina aktiviti
      pembelajaran yang dapat memenuhi
       keperluan murid,
(e)   Mengajar dan menilai pencapaian setiap
      objektif RPI.
(f)     Mengekalkan komunikasi dan hubungan
     baik dengan pihak ibu bapa, guru-guru  lain,
      profesional dan pegawai khidmat bantu yang
      terlibat.
(g)   Bekerjasama , mengekalkan komunikasi
      dengan guru-guru lain dan juga kakitangan
      (warga) sekolah yang lain.

8.4.3       Pembantu guru
(a)   Membantu murid dengan aktiviti pembelajaran
      di kelas mengikut arahan guru kelas
(b)   Membantu guru mendapatkan bantuan
      peralatan khas
(c)   Merekod , memantau pencapaian
     objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran
     yang telah dikenalpasti

8.4.4       Murid
(a)   Membantu ahli pasukan mengenalpasti  cara pembelajaran yang  sesuai
(b)   Membantu pasukan menentukan keperluan khidmat bantu dan peralatan khas
(c)   Membantu menentukan matlamat pembelajaran
(d)   Memahami proses pembentukan RPI

8.4.5       Ibu bapa
(a)   Menyediakan maklumat terkini tentang murid
(b)   Memaklumkan kemahiran, minat, kegemaran dan kecenderungan murid
(c)   Memaklumkan maklumat latar belakang pendidikan awal, sebelum dan pencapaian murid
(d)   Memberi peluang kepada murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah
(e)   Sentiasa berkomunikasi dengan pihak sekolah

8.4.6       Ahli professional lain
(a)   Menyediakan khidmat bantu (bentuk nasihat,
     terapi dan sebagainya)
(b)   Menyediakan nasihat dari segi keperluan
       peralatan khas
(c)   Menyediakan bantuan teknikal
(d)   Menjadi sumber sokongan bagi keluarga
(e)   Melaksanakan penilaian bila diperlukan
9.      Proses RPI


9.         Garis Panduan Penghasilan RPI

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam 
usaha menyediakan program pendidikan yang berkesan 
dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang
 berkenaan.  Murid berkeperluan khas mempunyai 
keperluan yang berbeza untuk berdikiri atau/dan untuk 
mencapai kejayaan searas dengan murid biasa.  
Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan 
khas adalah untuk menyediakan mereka agar dapat hidup 
dalam komuniti setempat.  Justeru, pihak sekolah perlu
 merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan 
menggunakan kandungan kurikulum yang berkesan 
serta berkait rapat dengan keperluan setempat. 
 Untuk menghasilkan RPI yang berkesan perkara-perkara 
berikut perlu diambil kira.
Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh, 
(i) pengetua atau guru besar,
 (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau 
penyelaras program pendidikan khas,
 (iii) semua guru pendidikan khas, 
(iv) semua ibu bapa atau wakil
 (v) kumpulan ‘multi-disciplinary’ mengikut keperluan 
    dan
 (vi) murid.

9.1       Proses Penghasilan RPI
Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah 
penting bagi memaksimumkan keberkesanan dan 
impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran. 
 Tahap keberkesanan aktiviti ini pula bergantung 
pada ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan.  
Berasaskan kepada garis panduan yang disenaraikan
 dalam para 3, berikut adalah langkah-langkah yang 
disarankan dalam proses pembinaan RPI.

Jadual 1:  Langkah-langkah
 pembinaan RPI
Langkah
Tugasan
Tindakan
Ujian Diagnostik
·      Menyediakan ujian diagnostik
·      Menjalankan ujian diagnostik
·      Menganalisis dan merekod keputusan ujian diagnostik
·           Menubuhkan Jawatankuasa penyediaan ujian diagnostik
·           Guru pendidikan menjalankan ujian diagnostik secara pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis
Pembentukan Ahli Jawatankuasa.
·     Kenal pasti serta hubungi ahli jawatankuasa.

·     Mengeluarkan surat Menetapkan tarikh, tempat, masa dan kekerapan mesyuarat yang akan diadakan.

·     Agenda mesyuarat (Melapor baseline RPI yang telah dikenalpasti, mengesahkan cadangan).

·     Fokus adalah hanya satu RPI bagi seorang murid dalam satu masa.

·          Lantikan rasmi dibuat.

·          Menyediakan laporan baseline setiap murid.
·          Mendapatkan persetujuan   AJK bagi menentukan baseline setiap murid.

Pembinaan RPI
·          Cerakinkan matlamat jangka panjang kepada sasaran jangka pendek.

·          Kenal pasti sumber yang diperlukan untuk mencapai sasaran.

·          Membahagikan tanggung jawab bagi mencapai sasaran kepada setiap ahli.

·         Hasilkan dokumen RPI secara bertulis.

·         Menyediakan senarai objektif untuk satu RPI dalam tempoh masa yang sesuai.
·          Rekod ujianpsychometric yang pernah dibuat ke atas murid.

·          Sebarang maklumat yang boleh membantu ahli membina RPI yang bertepatan dengan keperluan murid.


Peningkatan RPI sedia ada.
·           Semak prestasi pencapaian murid.  Dapatkan baselineterkini.
·           Senaraikan matlamat baru jangka panjang.
·           Susun matlamat baru jangka panjang mengikut keutamaan.
·           Cerakinkan matlamat baru jangka panjang kepada sasaran jangka pendek baru.
·           Kenal pasti sumber tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran baru.
·           Membahagikan tanggung jawab untuk mencapai sasaran baru kepada setiap ahli.
·           Hasilkan dokumen RPI secara bertulis.

Dapatkan:
·           RPI sedia ada.
·           Dapatkan sebarang laporan terkini.

Penghasilan program pembelajaran dan pelaksanaan.
·           Terjemahan sasaran kepada objektif tingkah laku pembelajaran & pengajaran.
·           Pilih strategi pengajaran dan kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian objektif.
·           Mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti.
·           Melaksana dan memantau program yang dirancang di peringkat sekolah dan rumah.
·           Tetapkan tarikh mengkaji semula RPI.

Dapatkan:
·           Butiran Perancangan.




Langkah
Tugasan
Tindakan
Kaji semula RPI
·           Kumpul dan bandingkan data.
·           Meneliti perkembangan dan pencapaian murid.
·           Pinda matlamat jangka panjang dan sasaran jangka pendek mengikut keperluan.
·           Runding semula peranan ahli jawatankuasa dalam usaha mencapai sasaran.
·           Hasilkan dokumen baru RPI yang telah dibuat perubahan mengikut persetujuan secara bertulis.
·           Tetapkan tarikh kaji semula yang berikutnya,
Dapatkan:
·           RPI sedia ada
·           Laporan pencapaian terkini di peringkat sekolah dan rumah.

Penghasilan dokumen RPI perlu dibincangkan bersama 
oleh ahli jawatankuasa yang dilantik khas dan mempunyai
 kepentingan terhadap perkembangan pendidikan murid
 berkeperluan khas.  Penulisan dokumen ini adalah
 tanggung jawab guru yang ditugaskan untuk 
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh 
murid berkenaan.  Walau bagaimana pun bantuan 
daripada ahli jawatankuasa lain untuk menghasilkan dokumen
 bertulis terbut bolehlah dirundingkan.  Yang pentingnya 
setiap murid berkeperluan khas mempunyai dokumen RPI
 yang lengkap.
10.       Keperluan Transisi
Proses transisi dari setiap peringkat persekolahan
 memerlukan satu proses adaptasi kepada persekitaran,
 orang-orang yang berada disekiling dan aktiviti di 
dalam linkungan persekolahan. Tujuannya adalah untuk
 memberi kesediaan murid bagi untuk melangkah dari
 satu proses yang tidak formal kepada formal contohnya
 dari persekitaran di rumah ke alam persekolahan bagi murid
 prasekolah dan dari ke satu tahap rendah ke tahap 
yang lebih tinggi contohnya dari sekolah rendah ke sekolah
 menengah atau dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa.
Adaptasi ini memerlukan satu tempoh masa dan ruang
 penyesuaian supaya berlakunya kesediaan untuk maju ke
 tahap yang baru. Satu program yang singkat perlu
 diwujudkan untuk menyediakan ruang transisi tersebut.
GARIS PANDUAN PENULISAN BORANG RPI
A.     Isikan maklumat murid
1.      Nama (HURUF BESAR)
2.      Jantina
3.      Keturunan
M – Melayu
C – Cina
I – India
K – Kadazan
B – Iban
L -  Lain-lain
4.      Tarikh Lahir
5.      Umur
6.      No pendaftaran OKU (Rujuk Kad OKU)
7.      Kelas
Kelas mengikut penempatan
8.      Tarikh Mula (Tarikh Perlaksanaan)
9.      Tempoh Perlaksanaan. Jangka masa RPI dilaksanakan.
 (Contoh:- Dicadangkan 1 Tahun: Januari 2010 hingga
 Disember 2010)
10.   I) Kategori : Ikut kecacatan murid (Setiap pada borang
 BPKKK 1 (Pin. 2003) – Laporan    perubatan
II) Nyatakan kategori yang spesifik
a)      Masalah Pembelajaran :
 Specific Learning Disability
 Mentally Retarded
 Emotionally Disturbed
slow learner
 Cerebral Palsy
  ADHD
 Down Snydrom
 Dan lain-lain (Nyatakan)
b)      Masalah Pendengaran :
Profound
Severe
Moderate
Mild
c)      Masalah Penglihatan :
Low Vision
Total Blind

d)      Pelbagai Kecacatan : (Nyatakan)

11.  Penempatan Ikut Program

12.  Nama Sekolah

B.     Latar Belakang Pendidikan / Perubatan / Tingkah Laku / Sosial
Aspek yang berkaitan dengan keperluan

1.      Sumber Maklumat ( Doktor, terapi, ibu bapa, guru mata
       pelajaran, dlln)
2.      Tarikh (Perjumpaan dengan sumber member maklumat
       berdasarkan B-1)
3.      Ringkasan Laporan (Keterangan daripada sumber maklumat
       ringkas dan tepat serta berfokus kepada RPI)

C.    Analisis Penguasaan dan Kelemahan Murid
1.      Bidang Penguasaan (Pengetahuan/kelebihan sedia
      ada murid)
2.      Bidang Keperluan (Aspek utama yang menghalang
      murid proses pengajaran dan pembelajaran murid
      contohnya: urus diri, tingkah laku, masalah pertuturan)
3.      Memerlukan khidmat bantu ( perubatan/peribadai)
       – sekiranya ia Ya, nyatakan bantuan yang diperlukan
       contohnya: bantuan pertuturan juru pulih anggota
      dan lain-lain.
4.      Keperluan Peralatan khas (contohnya kerusi roda ,
       brailler, alat bantuan pendengaran, dll)
D.    Rancangan RPI (*Bulatkan RPI yang dibina mengikut semester)
1.      Matlamat (DIcadangkan 1 tahun)
2.      Tarikh Mula (Tarikh pembinaan RPI)
3.      Objektif Jangka Pendek (Kemahiran yang ingin
      dicapai dalam jangka waktu terdekat)
4.      Strategi/pendekatan (contohnya tunjuk cara, sesi soal jawab, bimbingan fizikal, bimbingan lisan dlln)
5.      Penilaian semasa/tarikh (contohnya pemerhatian, skor ujian, lembaran kerja, dlln)/ (Tarikh penilaian dijalankan atau 
      dilaksanakan)
E.     Semakan Pencapaian Murid
i)                   Untuk Semester 1      ii) Untuk Semester 2
1.      Pencapaian (Boleh diukur contohnya 10 daripada 
     15 soalan betul, peratus kemajuan yang telah dicapai,
      perubahan tingkah laku, dlln.
2.      Pendekatan berkesan (Contohnya belajar menggunakan 
      computer, muzik, teka-teki, dllm
3.      Rumusan/Cadangan
-         Tindakan susulan guru dan ibu bapa di rumah
-         Pelbagaikan aktiviti menggunakan computer,
      muzik, dll
4.      Tarikh Semakan
-         2 kali setahun
-         Dicadangkan Jun dan Oktober
F.     Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pembina RPI
1.      Nama Ahli
·        Semua yang terlibat dengan murid berkenaan. (Contoh, pentadbir, guru kelas, guru mata pelajaran, kaunselor, guru disiplin, doctor, pembantu pengurusan murid dan lain-lain
·        Penglibatan semua ahli jawatankuasa amatlah digalakkan
·        RPI tetap dilaksanakan walaupun hanya 2 atau 3 ahli jawatankuasa sahaja terlibat
2.      Jawatan/Gelaran
·        Contoh, guru besar, doctor pakar, penolong kanan pendidikan khas, penyelaras, guru kelas, pembantu pengurusan murid, dlln
3.      Tarikh (Tarikh perjumpaan ahli jawatankuasa RPI)
4.      Tandatangan (Untuk Pengesahan)
G.    Perancangan Transisi
1.      Prasekolah
·        Awal kemasukan, contohnya transisi dari rumah ke sekolah. Fokus kepada kemahiran urus diri dan bersosial
2.      Ke Sekolah rendah
·        Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, pengusaan 3M dan aktiviti sukan dan seni
3.      Ke Sekolah Menengah
·        Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, peneguhan penguasaan 3M, aktiviti sukan dan seni ke tahap yang lebih tinggi
4.      Ke Kerjaya / Dewasa
·        Penekanan kemahiran vokasional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan dan hidUP.

0 ulasan:

Catat Ulasan