ASSALAMUALAIKUM, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KELAS PEMBELAJARAN) SK TASIK DAMAI DITUBUHKAN PADA 1 APRIL 2013.
RSS
Dividers for Myspace @ Fillster.com

Isnin, 3 Mac 2014

Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas
oleh
DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan
 kanak-kanak 
yang mempunyai pelbagai kekuatan dan
 kelemahan yang 
ada bersama mereka. Sebaga ipendidik,
 guru-guru 
seharusnya memikirkan bahawa mereka
 perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
 strategi dan seterusnya
 kreatif dalam pengajaran bagi membantu
 kanak-kanak ini
 melalui pembelajaran mereka serta
 menjalani kehidupan
 secara optimum Pengajaran
 dan pembelajaran kanak-kanak
 ini perlu menggunakan kepelbagaian
 teknik yang bersesuaian berserta 
penggunaan sumber dengan 
mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu 
mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006).
 Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini
 melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi
 sosial dan kemahiran motor mereka.
Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah 
kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku,
 masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan
 masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini
mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan
 keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh
 guru-guru ialah terapi.

Keperluan Terapi
Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar
 untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.
“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi
 sebarang penyakit atau mengalami
 sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan
kefungsian badan secara normal”
(Kamus Perubatan Mosley, 2001)
Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah
 bagi membantu individu
 yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan 
 kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan
 secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan 
pembelajaran.
Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya
 pengamatan murid-murid, meransang
 murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
 kemahiran serta meningkatkanperkembangan fungsi kognitif,
 emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu,
 melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid
 menguasai kemahiran tertentu yang 
bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian
 serta mewujudkan suasana pembelajaran 
yang kondusif lagi menyeronokkan.
 ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).
Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah:
i) terapi fisio
ii) terapi kuda
iii) terapi cara kerja
iv) terapi pertuturan
v) terapi muzik dan pergerakan kreatif
vi) terapi seni
vii) terapi air/hidro
viii) terapi pasir
ix) terapi main
x) terapi alternative
Contoh
Seorang kanak-kanak sindrom down yang mempunyai 
masalah pergerakanserta mempunyai masalah pertuturan
 dan pengamatan.

Aktiviti terapi:
Terapi motor kasar – berjalan, berlari, gallop dan lompat
 di garisan lurus, di garisan 
bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku.
Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) – melihat gambar
 bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, 
membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan
Terapi motor halus – memegang pensel dan menconteng atas kertas
Terapi kuda – menunggang kuda serta membetul postur badan
 dan perkembangan emosi.
Terapi pasir – meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain
 dengan pasir untuk kemahiran motor halus.
Terapi air – bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan
 pergerakan dan perkembangan otot.
Pada kesimpulannya, guru-guru perlu didedahkan kepada
 aktiviti terapi bagi memantapkan
 penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid
 berkeperluan khas.
 Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar 
premis sekolah secara kumpulan atau individu bagi meningkatkan
 keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan
 sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

http://istimewapendidikankhas.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan