ASSALAMUALAIKUM, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KELAS PEMBELAJARAN) SK TASIK DAMAI DITUBUHKAN PADA 1 APRIL 2013.
RSS
Dividers for Myspace @ Fillster.com

Isnin, 24 Mac 2014






Tanggal 8 Mac 2014,
Di dingin subuh hari,
Kami diusik dengan kehilangmu,
Usikan itu pelik,
kerana,
usikan ini penuh misteri,
pelbagai manusia,
membuat andaian,
kononya itu,
dan ini puncanya,
semua megah dengan tekno dunia,
tanpa sedar teknoMu
Ya Allah yang terhebat,
Wahai ratu awan,
Untuk mencarimu,
kami kerahkan segala kudrat,
dari laut cina selatan,
sehingga ke Vietnam,
Pelbagai,
Layardan sayap dikerah,
untuk mencarimu,
ratu awanku,
Di khabar,
Engkau berada di laut andaman,
Puas kami meneropong,
puas kami menyeru seluruh alam,
supaya berkata atau berkicau,
supaya kami tahu dimana engkau berada...
Puas kami doa,
supaya hijab kami dibuka,
supaya kami melihatmu dimana,
Ratu hati kami,
Baru sebentar,
Kami diusik dengan duka,
kami terusik dengan air mata,
usikan yg penuh tamparan,
Usikan kedukaan,
Apabila,
Sang Nakhoda Negara,
Memalukan berita pilu,
seluruh dunia,
MH370 ratu awanku telah tiada,
Sedihnya kami kerna jauh engkau meninggalkan kami,
tanpa sebarang berita,
atau sepatah kata,
Ya Allah,
Kami memanjatkan kesyukuran,
kerna segala ketidakpastian,
kita terjwab sudah,
ratu awan kami,
sudah tiada,
Lautan Hindi ditujuinya,
Walaupun,
berat hati ini menerimanya,
tapi ,
kami redha,
kami terima,
kami sedar,
supaya kami semua kembali kepadaMu,
Allah Yang Esa,
Terima Ya Allah,
Engkau makbulkan doa kami..
Engkau temuikan kami,
Walaupun dengan khabar duka,
tapi,
kami percaya semuanya ada hikmah...
Al-fatihah..
nukilan : Ak47 @ anuarhajikassim









Text of Malaysia Prime Minister Najib Razak's full statement on#MH370

Photo: Text of Malaysia Prime Minister Najib Razak's full statement on #MH370


Photo: Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan
 bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 
dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj 
ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan 
terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun 
sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan 
sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, 
sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah 
Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta 
dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang 
terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti 
kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. 
Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang 
sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. 
Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) 
CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan 
terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat 
jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh
 pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya 
memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan 
terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke
 Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak 
kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi 
gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada 
ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong 
kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang 
terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar 
adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau 
pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas 
dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. 
Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas 
dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas 
DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan 
asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen 
tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan 
penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat 
asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang 
menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada 
kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan 
dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung 
situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat
 itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja 
pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. 
Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh 
dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan 
sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie.
SUMBER DARI:


MH370 - What You Can Do for MH370! | missyblurkit



Ahad, 23 Mac 2014

PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang (Setiausaha Biro Lawatan Panitia Pendidikan Khas LM&S)
Latar Belakang
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 38 orang murid. 4 orang murid difikirkan layak mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini.
Rasional
Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan : > Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. > Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain. > Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. > Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. >Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. >Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.
Matlamat
Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming )kanak-kanak Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
Objektif
Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).
  • Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.
  • Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
  • Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang.
Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara ‘Partikal Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif. Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.
  1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.
  1. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif.
  1. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
  1. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa.
  1. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
  1. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
  1. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
  1. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
  1. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  1. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Sumber dari: https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=7317821611267827207#editor/target=post;postID=1966613997400223423;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=16;src=link





Kelas inklusif ppki sktd bermula pada 1/4/14

Sabtu, 22 Mac 2014

http://wannorhuda.blogspot.com/2011/12/rph-bm.html

PENGHURAIAN KERJA 
BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
 PERINGKAT ORGANISASI
 Kelas Akademik Pendidikan Khas
. RINGKASAN TUGAS
 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas
 membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas
 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab
 ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
 - Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
 - Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru mengajar
Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan
 ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
- Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
- Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi
 tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
Membantu menguruskan murid baru.
- Membantu mengambil dan menghantar buku 
  rekod kedatangan murid ke pejabat.
- Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.
PENGURUSAN BILIK DARJAH/ 
BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS
Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta 
memastikan kelas dalam keadaan terurussebelum dan selepas P&P.
- Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan
 Pendidikan Khas.
- Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
- Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun,
 taman dan lain-lain.
- Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/
 bangunan Pendidikan Khas.
Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini 
   papan kenyataan dari semasa ke semasa.
Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
- Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/
   bangunan Pendidikan Khas.
- Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan 
  alat pemadam api masih boleh digunakan.
 PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK 
 PENDIDIKAN KHAS
-Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan
 teratur dan mudah diperolehi.
- Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
- Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
- Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
- Membantu membuat inventori peralatan dan perabot
 di dalam kelas.

 PERJALANAN PENGAJARAN DAN
 PEMBELAJARAN
-Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta
 oleh guru sebelum sesi P & P
7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.
 PENGURUSAN/PERGERAKAN 
 DAN 
 AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS 
 (MOBILITI)
Membantu:
- Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak 
  dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .
- Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, 
  terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan
  aktiviti lawatan.
- Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani 
  aktiviti kokurikulum
- Me               menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.
 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH
      CUTI PENGGAL
Memastikan:
- Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih,
 kemas dan selamat.
- Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
- Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain 
  sentiasa dijaga dengan baik.
- Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/
  Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
 CUTI AKHIR TAHUN
      Memastikan:
- Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, 
  kemas dan selamat.
-Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
- Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain
 sentiasa dijaga dengan baik.
- Menyemak stok dan inventori.
-Melabel dan mengemaskini sistem fail.
- Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran
 murid baru.
- Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/
  Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain 
  sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA 
     OLEH PIHAK PENGURUSAN
JADUAL TUGASAN HARIAN 
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
WAKTU PERSEKOLAHAN
MASA
AKTIVITI
7.00 am - 7.30 am
membuka kelas dan menyambut kedatangan murid.
mengambil buku rekod kedatangan
mengurus murid RMT
toilet training
menyediakan bahan pembelajaran.
mengawal kelas dan mengatur murid mengikut kelas masing-masing
7.30 am – 9.30 am
membantu dalam proses P&P
menghantar buku rekod kedatangan
rehat 20 minit ( sebelum murid rehat )
9.30 am – 10.00 am
( REHAT MURID )
membantu pergerakan murid sebelum, semasa dan selepas makan di kantin
membantu pengurusan diri
10.00 am - 01.00 pm
membantu dalam proses P&P
mengemas dan menyimpan alatan yang telah
digunakan dalam P&P
memastikan murid pulang dengan selamat
01.00 pm – 2.00 pm
REHAT
2.00 pm – 4.00 pm
menyusun atur kerusi dan meja
memastikan kebersihan kelas
memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup
memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup dan dikunci
membantu tugas surat menyurat
mengemaskini dokumen
menyediakan bahan bantu mengajar untuk persediaan P&P keesokkan hari
Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar / 
Guru Penolong Kanan Pendidikan
   Pendidikan Khas / Penyelaras
JADUAL TUGASAN HARIAN 
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
WAKTU CUTI PENGGAL
MASA
AKTIVITI
8.00 am -1.00 pm
1. Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
2. Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
3. Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
1.00 pm – 2.00 pm
REHAT
2.00 pm – 5.00 pm
1. Menyemak stok dan inventori.
2. Melabel dan mengemaskini sistem fail.
3. Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
4.Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
* Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar/
  Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas /Penyelaras Pendidikan Khas