ASSALAMUALAIKUM, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KELAS PEMBELAJARAN) SK TASIK DAMAI DITUBUHKAN PADA 1 APRIL 2013.
RSS
Dividers for Myspace @ Fillster.com

Sabtu, 1 Mac 2014

AKTIVITI LUAR

TERAPI BOWLING
RABU, 26/2/2014
AMPANG BOWL,IPOH PARADE
10PG-11PG

PENGURUS PROJEK-TN.HJ.SALAM

OBJEKTIF:
-MEMBERI PENGALAMAN BARU KEPADA MURID-MURID
-MEMBERI TERAPI MOTOR KASAR & HALUS
-MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN BERSOSIAL
-MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG CARA-CARA & TEKNIK BERBOWLING
-MEMBUKA MINDA MURID-MURID
-MELUASKAN PdP KE LUAR PERSEKITARAN SEKOLAH









Bapa amirrun telah berbesar hati memberi sumbangan sebanyak rm200.
Secara tidak lansung makan kami di MERRY Brown TELAH DITAJA OLEH BELIAU.....
semoga Allah banyakkan lagi peluang bisnes Encik....amin





TERAPI RENANG


Program Terapi Renang Pendidikan Khas.


PENGENALAN PROGRAM TERAPI RENANG
(http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2011/03/program-terapi-renang-pendidikan-khas.html)

Renang merupakan sejenis senaman atau aktiviti yang baik untuk badan. Ia diklasifikasikan sebagai aktiviti atau pergerakan secara aerobik kerana tempoh aktiviti ini yang panjang memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada badan terutamanya pada jantung dan sistem otot. Sebagaimana dengan kebanyakan aktiviti aerobik yang lain, renang juga dipercayai menggunakan oksigen paling banyak.

Oksigen ialah satu unsur penting untuk tubuh bersama dengan hidrogen, karbon dan nitrogen. Tetapi oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlukan pada setiap masa. Semua pergerakan tubuh manusia memerlukan okigen seperti pernafasan, pergerakan, peredaran darah, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, sistem pembiakan dan sebagainya. Oksigen merupakan sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu.

Oleh itu, Bahagian Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) memperkenalkan Program Terapi Renang sebagai salah satu program terapi yang amat penting bagi keperluan murid-murid khas untuk pembangunan dan pergerakan psikomotor kasar dan halus, kawalan pernafasan sekaligus mewujudkan interaksi sosial di kalangan mereka dan masyarakat.

RASIONAL :

Selaras dengan hasrat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, mensasarkan golongan berkeperluan khas ini, maka terapi renang ini dirancang khusus untuk memberi bantuan dan faedah kepada murid-murid berkeperluan khas ini khususnya bagi melatih mereka dari segi pergerakan anggota tubuh badan dalam sukan air/terapi renang yang mungkin sukar untuk mereka sertai di luar aktiviti sekolah.

OBJEKTIF:

1. Membantu menggerakkan pembangungan psikomotor kasar dan halus
2. Membantu melatih dan mengawal pernafasan semasa melakukan aktiviti renang dengan cara yang betul dan selamat.
3. Mewujudkan persekitaran interaksi sosial antara murid dengan guru-guru dan masyarakat

KEBAIKAN / PENINGKATAN PROGRAM TERAPI RENANG

1. Murid-murid membuat pergerakan memanaskan badan sebelum turun ke kolam renang untuk aktiviti terapi renang..
2. Seorang murid khas telah berjaya membuat apungan diri di permukaan air tanpa alat sokongan / bantuan apungan hasil latihan dan tunjuk ajar oleh guru / jurulatih
3. Murid khas berjaya menyelam & menahan nafas selama 12 saat di bawah permukaan air

PENUTUP

Semoga program terapi renang ini akan dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dari segi pergerakan psikomotor kasar dan halus, mengawal pernafasan dan mewujudkan interaksi persekitaran sosial antara mereka dengan masyarakat luar serta dapat memberi peluang yang sama rata kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat mereka di dalam sukan air. Diharap agar program ini dapat dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang telah ditetapkan dengan jayanya agar lebih ramai lagi murid-murid yang berpotensi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di masa akan datang sejajar dengan hasrat dan objektif Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
 Malaysia.

http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2011/03/program-terapi-renang-pendidikan-khas.html




(PROGRAM JOIN-VENTURE )
 PPKI SKTD/SK SYED IDRUS
HARI/TARIKH:
KHAMIS,27/2/2014
TEMPAT: THE LOST WORLD OF TAMBUN,IPOH
MASA: 9.00PG-10PG

PENGURUS PROJEK:UZTAZ ROHADZEMAN














Selesai aktiviti renang, kami memilih foodcourt Giant untuk menjamu selera. Nasi ayam menjadi pilihan.....
memang sedap. Harga telah dispecialkan oleh tuan punyer gerai. Murah n teramat murah,berbaloi-baloi!
Semoga Allah memurahkan rezki pemilik gerai ini. Amin




 KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL.
Terapi fizikal sememangnya sangat  efektif kepada murid-murid pendidikan khas 
kerana ianya mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan 
motor halus termasuk koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan
 otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali
 sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh melakukan 
sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan , berlari 
 dan melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan
 bagi motor halus adalah sangat penting.  Termasuk juga aktiviti – aktiviti yang
 melibatkan motor halus seperti memotong, menggunting, mencubit ,
 meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan 
antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan 
seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas bangku dan sebagainya. 
 Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan
 otak kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh 
dijalankan ialah menyambut bola dengan  pelbagai saiz , mencantum puzzle
 dan sebagainya.
 Kesimpulannya kematangan kedua – dua motor halus dan kasar 
akan dapat meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian.
Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan
 murid-murid pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , 
penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik.
 Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini dapat 
membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. 
Contohnya boleh  memilih objek yang besar atau kecil, 
mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran. 
Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya 
murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan betul. 
Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi 
impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan 
dan daya kosentrasi murid-murid pendidikan khas.
Terapi fizikal  mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi.
 Murid-murid akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami.
 Kesabaran dan keinginan yang kuat untuk menjalani rawatan mampu 
mengubah persepsi diri dan rakan terhadap keupayaan dan kebolehan  sendiri.
 Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing
 dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong
 atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani 
proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan  berdikari yang lebih baik.
 Mereka  juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya.  
Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan 
rakan semasa menjalankan aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu 
menggalakan mereka meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat .
 Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan
 berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung  mereka dapat 
belajar dalam kumpulan dan mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan.
 Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan bekerjasama. 
Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka.
 Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang
 dan kepatuhan kepada peraturan  serta mampu menjadi insan yang patuh
 kepada perintah Allah. Secara tidak langsung ianya akan meransang kepada
 pertuturan murid-murid pendidikan khas.
Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid – murid pendidikan khas.
 Contohnya sikap pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, 
tidak fokus suka mengganggu dan sebagainya. Terutama sekali bagi murid
 Hyperaktif dan ADHD.  Kemampuan memberikan ganjaran dan pujian semasa
 aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku.
 Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak
 tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa.
 Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui Teori Pelaziman 
Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil 
masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada
 diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku
 sebanyak yang kita ada pada hari ini.  (Amir Awang, 1989).
 Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi  murid akan terikat 
dengan jadual dan peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan 
memberikan kesan kepada mereka sekiranya aktivti- aktiviti yang dilakukan 
mampu memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah laku yang baik.
Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan  
mereka. Terutama sekali yang melibatkan otot-otot  motor kasar.
 Contohnya dapat berjalan dan melompat dengan betul bila keseimbangan
 badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan otot-otot
 semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan
 dan bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak
 mempunyai kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian
 latihan yang berterusan akan mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.
Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat
 membantu murid meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar  psikologi
 berpendapat  melalui aktiviti motor kasar dan motor halus yang dijalankan dalam 
kumpulan atau individu akan membantu mereka melepaskan segala kesusahan
 dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti memukul boxing, 
menyepak bola dan sebagainya.  Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka
 terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan
 kebanyakan murid akan lebih bertenang dan dapat memerikan tumpuan
 kepada aktiviti seterusnya.

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=7317821611267827207#editor/target=post;postID=3039092704591604063;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=17;src=link









Aktiviti fizikal Padang Polo
Rabu,23/4/14
PENGURUS PROJEK: EN. SALAM





DIMULAKAN DGN SENAMROBIK 
YG DIKETUAI OLEH GURU-guru.........
 DAN JUGA...............
 MURID-murid yang diakui berbakat..............
hihi......
sengaja asah bakat yg terpendam
dalam diri murid-murid...........
nak jadikan mereka murid-murid yg serbaboleh
dalam aper juga bidang
serta....
tanamkan keyakinan dalam diri mereka.


langkah seterusnya.............
berkelah ..........
yeaaayyyyyyyyyyyyy,makan time..........
ooooopppssssssssssss.....
sorry no pics available.....
latihan membawa makanan n minuman
di dalam beg masing2......
agar masing2 pon belajar bertanggungjawab
atas harta sendiri..........
mungkin ade yg nasi tertumpah di dalam beg........
but dat is what it is all about...........
tp idaklah saja2makan jer kn
tp diserap aspek kebersihan.......
n........
melatih memurid mengurus diri sendiri.
next...
pengenalan alat2 permainan yang ade in B.M/B.I
PdP berjln secara x formal kan.............
n last but not least................
meh main!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
all d kids enjoyed themselves.
Alhamdulillah, 
xde yg tercedera dlm keseronokan bermain............



2nd terapi renang
24/4/14............
still with our ppki chepor
still at The lost world of Tambun
still Uzt.Rohadzeman s the pengurus projek..............


n......
still.......
lunch at giant.........



TERAPI FIZIKAL DI tAMAN dr.SEENIVASAGAM
KHAMIS, 8/5/14
PENGURUS PROJEK: PN.NADIA





Program dimulakan dgn pemilihan basikal
yg sesuai.
basikal diberi tanpa sebarang bayaran............
Tq sifu Salam 
yang mengusahakan bab ini .........
Itulah seronoknye jadi orang yang dikenali ramai.......
mudah minta pertolongan
tq too to.......... 
setiausaha cuepecs yg meluluskan permohonan ye....
objektif program:
jlnkn pdp Keselamatan jalanraya
di luar kelas
yang tersedia kemudahan
 n............
 papan2 tanda/SIMBOL2 yang se benar.......
I see...I learn..........
hihihihi.............
Pertandingan mewarna came next
mewarna.............
simbol2/ papan2 tanda jalanraya yang ade...
n...
yang baru  dilihat sendiri........
s pengukuhan
selain dr memenangi hadiah.........
yyeeaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tq again
to all warga ppki
in making dis a.........
happening!!!!!!!!





0 ulasan:

Catat Ulasan