ASSALAMUALAIKUM, PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (KELAS PEMBELAJARAN) SK TASIK DAMAI DITUBUHKAN PADA 1 APRIL 2013.
RSS
Dividers for Myspace @ Fillster.com

Sabtu, 29 November 2014

Info

Kementerian Pendidikan Malaysia
  
Perkhidmatan yang disediakan bagi kanak-kanak kurang upaya

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:


  • Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

  • Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan
  •  khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
  •  la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
  •  secara pengasingan dan separa inklusif.
Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan
 Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap
 perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah
 pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan
 dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti
 murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil
 peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
 Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang mengikuti
 kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran Kebangsaan
 (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni Lukis dan Seni Reka
 akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:


  • berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah
  •  Pendidikan Khas)

  • berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di
  •  Sekolah Pendidikan Khas)

  • berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di
  •  Sekolah Pendidikan Khas)

  • disahkan oleh pengamal perubatan

  • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Tempoh Belajar:
  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah 
  • adalah enam (6) tahun.

  • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah 
  • adalah lima (5) tahun.

  • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di
  •  mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut
  •  keperluan murid berkenaan.
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah
 asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas
 Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional:
  • Sekolah Khas: Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang
  •  menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV). Sekolah Menengah
  •  Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

  • Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran): Sekolah
  •  Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru; Sekolah Menengah
  •  Teknik Langkawi, Kedah; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor;
  •  Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak; Sekolah Menengah 
  • Teknik Tanah Merah, Kelantan; Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas : Ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan
 untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid
 berkeperluan khas setempat. Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada
agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas.
 Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi, Kelas bahasa isyarat,
 Aktiviti terapi, Kaunseling ibu bapa, Perpustakaan permainan, dan Bahan rujukan.

Proses Pendaftaran Kanak-Kanak ke Program Pendidikan Khas

Langkah 1: Mula

Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.

Langkah 2: Mengenalpasti

Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya.
 Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan,
 pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan
 saringan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah 3: Pendaftaran

Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk
 mendapatkan pendidikan bersesuaian.

*Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
 untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian.

Langkah 5: Kelayakan

Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan
 disaring di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.

*Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang
 serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas
 Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
 untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

Langkah 4: Penempatan

Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas
 atau Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan
 alamat yang terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.

Langkah 5: Tempoh Percubaan

Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
 Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.

Langkah 6: Kekekalan

Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas
 akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas
 KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan
 pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

http://www.disabilitymalaysia.com/index2.php?type=view&table=factsheet&id=68

0 ulasan:

Catat Ulasan