dipetik dari tulisan Mohd Hairol
Published on Tuesday, 07 August 2012 10:54
FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, mayarakat dan negara.
FALSAFAH
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi
diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI
PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan
hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI
PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat
dan negara.
N dis is ours
0 ulasan:
Catat Ulasan